Selasa, September 16, 2008

Acar Buah

Sumber : Hanieliza

Bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.

Sabtu, September 13, 2008

Brownie

Sumber : nure
coklat+nuts dlm bentuk mudah pegang
Bahan-bahan ( 6~7org )
bhn diayak: 100g tepung gandum dan 1/4 sudu teh baking powder 100g gula halus
2 bj telur (suhu bilik)
150g coklat bar
100g butter
70g kacang (boleh campur almond, walnut dan lain2 ikut suka) dan potong kecil2

Cara-cara
1. cairkn coklat dan mentega sekali dlm oven selama lbh krg 2 minit
2. dlm bekas lain, pukul telur dan gula sampai sebati
3. masukkn bahan yg diayak dan kacau dgn senduk sampai semua tepung rata.
4. masukkn coklat+mentega yg dicairkn td dan kacau.
5. bila coklat sudah rata, masukkn pula kacang dan gaul lagi.
6. dlm bekas 4 segi yg telah dialas dgn cooking paper, tuangkan adunan tadi dan ratakn.
7. bakar dlm oven pd suhu 170C selama 20 minit. Bila dh betul2 masak, biarkn sejuk( dlm bilik) 8. baru keluarkn dr bekas. Potong bentuk 4 segi panjang.

Muffin coklat

Sumber : yani

Resepi yg simple. tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati

Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara-cara
Antara bahan-bahan yang diperlukan





Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .




Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.



Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).



Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat.



Gaul sehingga sebati.




Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.




Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Brownies

Sumber : yani http://www.myresipi.com/top/detail/1603
utk topping hanya guna coklat yg dicairkan dgn oven yg masih panas lepas bakar brownies

Bahan-bahan ( 20x20 cm )
70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum
20g serbuk koko
55g walnuts- potong kecil-kecil
1 bar coklat
Cara-cara
Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

Kek Sponge Sarang Semut

Sumber : Saimah Joe Mas
Bahan-bahannya :

7 biji Telur
2 cawan Tepung Gandum
2 cawan Gula Pasir
2 cawan Air
1 tin (390g) Susu Manis
3 sudu makan Butter
1 sudu makan Bicarbonate of Soda
1 sudu teh Esen Ros
Cara-caranya :

Hanguskan gula.
Kemudian masukkan air.
Selepas itu masukkan butter.
Biar hingga mendidih. Sejukkan.
Pukul telur hingga kembang.
Masukkan susu dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan tepung dan bicarbonate of soda.
Kemudian masukkan gula hangus.
Pukul hingga rata.
Akhir sekali masukkan esen ros.
Tutup loyang adunan rapat2 dengan aluminium foil untuk mengelakkan air/wap kukusan masuk ke dalam adunan.
Kukus selama 1 1/2 jam.

Tepung Pelita

Sumber : Myresepi
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam


Cara-cara
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan